By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 23-Oct-2009 10:00 Email | Share | | Bookmark
Distinctively KeLaTté : Tobacco, Tabako, Tembakau, Teubakkaa !

.




Distinctively KeLaTté :


Tobacco, Tabako, Tembakau, Teubakkaa !




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tembakau ( Bahasa Malaysia )

Teubakkaa ( Kaechaek Kelaté @ Kelantanese )

Tabako ( タバコ  @ 煙草 ~ 日本語 @ Japanese )

Tobacco ( English )

[tuh-bak-oh]

1. any of several plants belonging to the genus Nicotiana, of the nightshade
family, esp. one of those species, as N. tabacum, whose leaves are prepared
for smoking or chewing or as snuff.

2. the prepared leaves, as used in cigarettes, cigars, and pipes.

3. any product or products made from such leaves.

4. any of various similar plants of other genera.


* Extracted from Dictionary.com


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Kelantan and Tobacco ...

It is a well accepted fact that Kelantan was, and I strongly believe, still is the top producer of tobacco in Malaysia.

A Distinctively KeLaTté which I find nothing to be proud or to boast of, especially when tobacco itself is already regarded worldwide as harmful to health and even condemned as Haram by increasing numbers of Muslim clerics nowadays.

Me ? Smoke ?

I am not a smoker ... never was and never will ....

Not a single ciggy ( or Havana cigar ! ) ever landed on this luscious red lips of mine ...

( ha ha ha ~ an intended sarcasm, in comparison to those darkened lips of smokers ! )

Proud to maintain a non-smoking life, though still surrounded by smoking friends,
colleagues and subordinates who seem to be more than eager to pump their exhaust fumes into my virgin lungs, minus my consent ...

Aaahh ! Wadda heck .....

In dedication to my smoker friends, colleagues and subordinates out there, these are what the thing looked like before ending up inside those small boxes proudly bearing real life imageries of gangrened foot, immature baby, cancerous lung and all those stuff that probably the last thing you would think of, in this short life of you and me ( yeah, life is too short really ) .....

If only they could stamp those images on every single of these leaves ....

He he he ~





* A tobacco farm in Jajahan Bachok

In Kelantan, tobacco is planted not in large plantations but in relatively small individual
plots managed by different, independent farmers.

What I found interesting about this crop is no four legged herbivores ( and also the two
legged ! ) would ever munch, let alone nip on these lush green leaves. They all seem to
know and understand very well what tobacco could do to them, than the supposedly far
more intelligent human being ....

He he ~







* A typical Kelantanese Tobacco Curing Barn

Known in Kelantanese as Bae Teubakkaa ( Ban Tembakau ) or Tobacco Curing Barn,
this wholly brick, non-plastered structure is a common sight in many places in Northern
Kelantan especially in Jajahan ( District ) Bachok.

Within those walls, tobacco leaves are heat cured, using externally lit firewood to
produce hot air that is passed through special metal ducting at the base of the structure.
The heated ducts then heat up the air inside, where the leaves are strung, to a certain
controlled degree to produce the desired quality. Tobacco cured this way ( called Flue Cure )
is high in sugar and has medium to high levels of nicotine.

The two smaller windows, one partly hidden by the ladder are used to control the barn
curing temperature. Opening one or both of them, by having a worker to climb up the
ladder and pull it open manually, will release the excessive heat thus achieving the
desired curing temperature. A durable, easy to read bimetallic thermometer is often
placed inside the barn for better measurement.

Also seen in the above image, are two chimneys, blackened over time by long and
frequent use, the result of the accumulative effect of smoke and heat, the very same
affecting the lips, teeth and lungs of ardent smokers .....







* The Inside Look

A peek from the entrance into the barn.

Tobacco leaves are strung on poles, packed closely together to ensure optimum curing
capacity. Withered by the heat, some leaves are already showing signs of proper curing
while the rest still bear patches of green amidst brown-yellowish parts.

Soon they will be ready for the next step i.e sorting and grading !







* Sorting Dried Tobacco Leaves According to Grades

At a glance, they appeared to me as a pile of disgustingly filthy pillowcase
( sarung bantal ) waiting to be hauled into a washing machine ! Ha ha ~

At this point, the leaves, after enduring the hot, dry and stuffy inside of a Bae Teubakkaa,
are then sorted into grades which correspond to different sizes and qualities as required
by end-product manufacturers. Normally women would take up to the task, as sorting
every piece of it is deemed a tedious and endless job by majority of men who would
rather spend their time at the nearest Keddaa Kopi ( coffee shop ), discussing
" masa'aloh negargho " ( political issues ) over cup(s) of Kopi Radix or Teh Susu
and puffs of home grown tobacco ~ ehhehe ....

( or maybe I am wrong ? )






TRIVIA


* According to the Wikipedia, between 50 ~ 60 % of all Malaysian males, of all ages smoke, whereas only 2 ~ 3% of females do so ...

Read : The Star ( 21 May 2005 ) - Prevalence of Smoking in Malaysia



* The Government is currently discouraging tobacco farming for health and economic related reasons and at the same time, promoting various substitute crops, from the commonly heard of Sweet Potatoes, Peanut and Chilli Peppers to the newly introduced, Kenaf and Jatropha crop.

I am not sure and can't really tell the reactions of tobacco farmers towards the recent government policy. One thing for sure is that, tobacco gives farmers thicker bank notes compared to the above mentioned crops, combined !

Read (1) : Mazidul Akmal's Industri Tembakau Bakal Terbunuh

Read (2) : The Star - Kelantan mulls ‘no promotions for smokers’ rule

Read (3) : BERNAMA - Kelantan To Give Incentives To Premises Not Selling Cigarettes



* Previous Distinctively KeLaTté series :






ON THE OTHER HAND ...


( Okeh ! Kerana PPSMI dah mansuh, kita tulis dalam BM ler pulak ... yeaargh ! )

Cakap pasal tanam menanam, aku ada terbaca satu berita dalam akhbar tempatan baru-baru ini yang ada kaitan dengan bertanam, antaranya aku ada petik di bawah :



Quote:


    KUALA TERENGGANU 15 Okt. - Dalam menghidupkan tradisi lama iaitu menanam
    pokok setiap kali seorang anak dilahirkan, sebanyak 53 pokok beruas ditanam di
    Taman Awam Batu Burok di sini bagi melambangkan kelahiran 53 orang bayi pada
    Hari Kemerdekaan Ke-52 negara ini pada 31 Ogos lalu.

    Selain mengindahkan landskap di taman rekreasi itu, penanaman pokok itu juga ingin
    memupuk generasi baru supaya bersemangat kental dalam menghadapi cabaran yang
    bakal datang pada masa depan.


    Sumber :

    ' Tanam pokok beruas tanda kelahiran bayi '
    Utusan Malaysia Online ( Timur ), 16 Oktober 2009.





Aku tersengih ...

Teringat apa yang aku pernah baca dari catatan Abdullah Munshi semasa dia bertandang ke Kelantan dalam tahun 1837.

Ketika itu dia sedang berjalan melalui sebuah kampung ( tak pasti di mana tetapi aku yakin dalam Jajahan Kota Bharu ) dan telah dimaklumkan tentang tradisi menanam pokok sebaik menerima kelahiran bayi di Kelantan, oleh seorang wanita tua.

Dalam Kisah Pelayaran Abdullah dari Singapura ke Kelantan 1837 yang dikarangnya, Abdullah telah menulis :







Jelas sekali, melalui catitan 172 tahun di atas, bahawa bukan sahaja di Terengganu bahkan tradisi yang sama juga pernah diamalkan di Kelantan.

Kini, tradisi tersebut sudah tidak lagi kedengaran ...
Entah siapa yang masih mengamalkannya sekarang di Kelantan. Entah bagaimana pula di negeri lain. Sejak bila terputus, sejak bila tidak diamalkan, tak dapat pula aku pastikan.

Bagi aku, amalan atau tradisi ini memang bagus dan wajar dihidupkan semula, diteruskan serta diberikan promosi besar-besaran. Lebih-lebih lagi apabila pokok yang ditanam sebagai menyambut kelahiran bayi adalah lebih bermakna dan bakal memiliki nilai-nilai " sentimental " dan " nostalgia " apabila si bayi besar dan berkeluarga kelak ! Kalau sekarang kita sudah terbiasa dengan istilah " abang / adik angkat ", mungkin suatu masa nanti kita akan lali dengan trend " pokok angkat " ... hehe

Selain itu, boleh juga memberikan hasil, menyejukkan mata dan persekitaran serta menghijaukan bumi. Lebih-lebih lagi, menanam pokok khususnya pokok buah-buahan memang digalakkan dalam Islam sebagaimana Rasulullah S.A.W pernah bersabda melalui hadis :


    ‏‏ ‏عن ‏أنس ‏ ‏قال ‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم
    ‏ما من مسلم يغرس غرسا أو يزرع زرعا فيأكل منه
    ‏ طير أو إنسان أو بهيمة إلا كان له به صدقة ‏

Quote:

    Anas R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,

    " Seorang muslim yang menanam pokok atau tanaman lalu tanaman itu dimakan
    oleh burung, manusia atau binatang ternakan maka semuanya itu adalah dikira
    sebagai sedekah "

    Sumber :
    Sahih Al-Bukhari dan Muslim ( Bahasa Arab ) & ( Bahasa Melayu )



Manakala dalam hadis yang berbeza, Baginda Nabi S.A.W sekali lagi menekankan :


Quote:

    Anas bin Malik berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud :

    “Tujuh perkara yang akan terus mengalir pahalanya walaupun setelah orang itu
    meninggal dunia, iaitu orang yang mengajarkan ilmu, orang yang membina parit
    atau tali air, orang yang membuat telaga, orang yang menanam pokok
    buah-buahan
    , orang yang membina masjid, orang yang mewakafkan mashaf
    al-Quran dan orang yang mendidik anaknya sehingga menjadi orang soleh ...”






Waah !

Kalau kakitangan kerajaan kini masih lagi sedang terkira-kira saguhati RM 500 yang baru diluluskan Pak Jib, tidakkah tawaran ini jauh lebih beruntung ? Dah la dikira sedekah, mati pun masih dikira amalan dan beroleh pahala !

Hoi ! Siapa tak nak weeih !?

Insya Allah, kalau sampai ' peluang ' aku nanti, aku pun nak buat ! Nak tanam pokok Durian Kunyit dan pokok Cengal !! Dua-dua pokok hidup lama .. Dua dua boleh makan jasa ! Ha ha ha ! Kompem !!

Baiklah ...

Menyentuh kembali catitan di atas, biarpun Abdullah " tartawa basar " semasa dimaklumkan sedemikian oleh si wanita tua itu, aku tak fikir Abdullah mencemuh amalan atau tradisi itu sendiri, atas logik yang aku telah terangkan di atas. Mungkin dia sekadar cuba " menyindir " keadaan masyarakat setempat yang tidak berpendidikan sehingga mengira tahun pun tidak pandai - salah satu isu masyarakat Melayu ketika itu yang sentiasa cuba dibangkitkan oleh Abdullah, bukan sahaja dalam penulisan ini tetapi juga dalam catitan-catitannya yang lain ....

Oh yer, beralih dan bercakap tentang diri Abdullah Munshi pula, aku ada juga terbaca satu berita dalam akhbar dan bahagian yang sama beberapa hari kemudian yang tidak kurang menarik perhatian, iaitu tentang sebuah ' telaga ' bersejarah di Kemaman, Terengganu yang dikatakan pernah dilawati Abdullah Munshi dalam perjalanan pulang dari Kelantan ke Singapura.

Aku petik sebahagiannya sebagaimana berikut


Quote:





    Namun jika dilihat daripada catatan buku Abdullah Munshi dalam buku yang berjudul
    Kisah Pelayaran Abdullah Munshi ke Kelantan, ada menyebut semasa pelayaran balik
    dari Kelantan, beliau singgah ke satu tempat di Kemaman iaitu sebuah tempat yang
    dinamakan Telaga Simpul untuk mengambil air minuman dan mandi-manda.

    Dalam catatan tersebut menceritakan ketika berada di telaga itu, beliau dan
    awak-awaknya mandi di telaga berkenaan.

    Namun selepas mandi, beliau menyuruh awak-awaknya mengambil sehelai daun
    mengkuang setiap orang yang tumbuh di sekitar kawasan telaga berkenaan.

    Beliau mengarahkan awak-awak menyimpul daun tersebut dan meletakkannya
    berhampiran telaga itu bagi mengelakkan mereka ditimpa bencana jika tidak berbuat
    demikian.


    Sumber :

    ' Telaga Simpul kaya cerita mistik ' ; Siti Airunnisa Alaui,
    Utusan Malaysia Online ( Timur ), 22 Oktober 2009.





He he he he ~

Sekali lagi aku tersengih ... kali ini lebih lebar sehingga ke belakang kepala dan berbaur sarkastik ... he he he ..

Suka aku nyatakan di sini, bahawa sebenarnya Abdullah Munshi tidak mengarah atau menyuruh, sebaliknya dia yang ' disuruh ' atau diminta oleh si awak-awak !!

Bahkan, dia sebenarnya enggan menurut malah dengan terang-terangan menganggap perbuatan tersebut sebagai satu adat yang bodoh dan tidak sepatutnya dipegang, namun terpaksa dituruti jua permintaan awak-awaknya itu bagi mengelakkan dipersalahkan, dituduh sebagai punca jika apa-apa yang tidak baik berlaku dalam pelayaran ....

Mudah kata, apa yang disebut dalam petikan berita di atas sebenarnya tidak tepat malah bertentangan dengan yang sebetulnya diceritakan sendiri oleh Abdullah dalam Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan 1837.

Kenapa aku kata begitu ?

Nah ! Inilah apa yang sebenarnya ditulis oleh Abdullah Munshi ! *


* sesetengah perkataan sengaja di ' highlight ' kan, bagi menunjukkan maksud
sebenar Abdullah dan dengan petikan berikut, aku akhiri entri kali ini ~

Sekian, terima kasih ....






Nota :

Petikan buku Kisah Pelayaran Abdullah Dari Singapura ke Kelantan 1837, adalah
ihsan melalui laman & koleksi peribadi Sabri Zain ...





Sunday, 11-Oct-2009 19:15 Email | Share | | Bookmark
FILLER ENTRY : Taeing Gorgheik in Kota Bharu

.


FILLER ENTRY :

Taeing Gorgheik in Kota Bharu






* Taeing Gorgheik in the heart of Kota Bharu

A street scene, taken at ' Taeing Gorgheik ', a local colloquial term for
' Maghrib Time ' or dusk, just after the evening squall in the town of Kota Bharu.

Fewer people and cars seen on the street as Muslims, accounting more than 90% in the
state capital, choose to confine themselves in their homes, to observe the Maghrib and
Isya' prayers.

The newly completed Kota Bharu Trade Center ( KBTC ) building is seen on the right,
where the only Parkson and Giant outlets currently operate in Kelantan ... and of course,
seen on the left is the first McDonald's outlet in Malaysia to have Jawi transliteration next
to its iconic ' Golden Arches ' trademark *

* the second being the one at KB Mall, and followed much later by an outlet in Kuala
Terengganu
.... oit, apaa tiru Kelate nih ? Ha ha ha ~


Note :

I was told that the KBTC building is now famous for having the most ' horrifying ' and
' gut-wrenching ' parking ramps in Malaysia ! Ha ha ha ... not yet tried, so anyone can clarify ?




RELATED :

Maemae Soh ... PARKSON !

Haah !? PARKSON Marghi Semulaa Kor ?

Hyper Market dan Kuantum Fizik !

A Blessing or A Curse ?




Sunday, 27-Sep-2009 00:00 Email | Share | | Bookmark
SALAM 1SYAWAL (2) : Alahai Gerghetock ....

.




SALAM 1SYAWAL (2)


Alahai Gerghetock ....




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Gerghetock

[ Kaechaek Kelaté ]

\Ger-ghe-tock\ , kata nama / noun / 名詞 :

~ Jambatan ( Bahasa Melayu ), Bridge ( English ), 橋 ・ はし ( 日本語 )


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Alkisah sebuah Gerghetock

tersohhor di Kelate

yang amat aku kasihi dan sayangi

dan juga bikin hati kecil ini tersentuh

setiap kali Hari Raya ........







* Lumrah Setiap Kali Hari Raya di Kelantan

Kenderaan bersusun-susun dari arah Pasir Pekan, Jajahan Tumpat untuk
menyeberang masuk ke Kota Bharu, sambil bekerjasama membentuk formasi
' leher botol ' di kepala Jambatan Sultan Yahya Petra.

Nun di hadapan sana, tiga aliran ini akan berubah pula kepada empat aliran
( betul, tak tipu ! ) dan akhirnya menjadi hanya satu aliran sahaja apabila tiba di kepala
jambatan. Foto ini dirakam pada hari raya kedua, dari atas jejambat di hadapan
Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan. Bagi yang tahu atau sudah biasa, akan mudah
mengerti magnitud sebenar masalah kesesakan ini ! Bagi yang tak nampak dan perlu
bantuan, boleh tengok melalui wikimapia dan cuba bayangkan ....
Kalau nak tau lagi, sebenarnya ia bermula dari Bulatan Pasir Pekan !

Jujur saya nyatakan, masalah kesesakan ini bukan hanya berlaku pada setiap kali
musim perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri sekarang, malah berlaku juga pada setiap
hari bekerja, setiap pagi dan petang. Pagi, dari Tumpat untuk masuk ke Kota Bharu
dan petang, dari Kota Bharu menuju ke Tumpat.

Oh yer, bandingkan dengan laluan di sebelahnya ....

Lengang kerana keadaan yang sama juga berlaku di sebelah Kota Bharu sana !






* Satu Lagi Projek ....

.... Jabatan Kerja Raya Malaysia !

( Ha ha ha ha ~ Aku tahu apa korang fikir !! )

Alkisah, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah
merasmikan majlis pecah tanah jambatan ke-2, kalau tak silap, pada 2 Ogos 2007
dan aku masih ingat lagi ketika itu akhbar, radio dan televisyen begitu ghairah
melaporkannya. Khabarnya ( dari yang aku tengok pada papan pernyataan projek )
ia akan siap menjelang akhir 2009. Aku juga ingat, di tapak perasmian itu ada
tersergam sebuah papan besar tertampal gambar dari imaginasi si ilustrator yang
merujuk kepada bentuk jambatan yang bakal terbina.

Hanya Tuhan saja yang tahu betapa bangga, gembira dan berterima kasihnya aku
masa itu !

Ya, memang ! Ketika itu, pembinaan jambatan ke-2 menjadi bahan bualan sensasi
yang sarat dengan harapan, kesyukuran dan penghargaan sehinggalah 2009 datang
dan kini, sudah hampir berlalu dan kelibat jambatan masih lebih jelas di atas kertas
berbanding di tempat yang sewajarnya. Lebih ironik, tiada lagi papan gambar yang
dulunya megah berdiri di situ dan tiada lagi cakap-cakap bangga melainkan bunyi
rungutan dan teori konspirasi di sana sini.

Aku ? Kini aku lebih suka tunggu dan lihat saja !

Baca :

" Pembinaan jambatan kedua Sultan Yahya Petra dilancar "

" Tempoh siap Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua dilanjut "


Cakap tentang rasmi merasmi, tetiba aku teringat akan satu dialog yang amat tersohor
dari salah satu filem arahan Gemuloh Tan Sri P.Ramlee :





Quote:

    " Berapa senang beta punya hati, beta lah yang digelarkan Sultan Aminur Rashid !
    Wahai Dato Perdana Menteri ... "

    " Ampun tuanku .. "

    " Adakah perkhabaran yang baik hari ini ? "

    " Ada tuanku.. Semalam seorang saudagar telah datang meminta supaya tuanku
    bukakkan kandang harimau nya ! "

    " Cuuuut ! Bukak KANDANG HARIMAU ? Sekali rimau ngap, kepala engkau hilang !
    Kau nak mampus ? ' Bukak LADANG LIMAU nya ' ! Bodoh, Bahlul ! "

    " Bodoh ! Bahlul ! "

    " Baik tuan ! "

    " Ada tuanku ... Semalam seorang saudagar telah datang meminta supaya tuanku
    meresmikan pembukaan ladang limau nya ... "

    " Bagus ! Dato Perdana Menteri, bagus ! Kalau begitu, besok pagi, sebelum subuh
    beta akan sampai ! "

    " Cut ! SEBELUM subuh kau pergi buat apa ? Orang belum bangun tidur !
    SELEPAS subuh kau pergi ! Bodoh !

    " Yer tak yer ... "





Ha ha ha ha ha ~

Gemuloh Tan Sri P.Ramlee memang genius dan lawak beliau memang ' evergreen ' ..

Gemuloh juga memang terkenal gemar menyelitkan banyak mesej dalam karyanya,
untuk ditelah dan dikaji oleh mereka yang terbuka dan ingin menerima ...

Sesungguhnya aku tak tau apa mesej sebenar yang ingin disampaikan Gemuloh dari
' scene ' di atas, sama ada lawak kosong atau lawak sinis, tetapi setelah menonton
( entah ke berapa juta kali ) dan menghayatinya, sedikit sebanyak terasa diri ini disindir,
betapa, dalam kita memainkan watak masing-masing dalam kehidupan seharian
di atas pentas bernama dunia ini, bukan sekali dua bahkan kerap sangat kita hanya
deras berbicara dan berpolemik, tanpa mengerti atau memikirkan tentang apa yang
sebenarnya sedang berlaku dan akan berlaku ... asalkan semuanya okay bagi diri sendiri !

( Khususnya dalam keadaan apabila kita sudah berada di " atas " ! )

Aku berharap agar apa yang kita usahakan sehari-hari tidak menjadi " kandang
harimau " dalam keadaan sepatutnya ianya " ladang limau " dan tidak juga ianya
menjadi " sebelum subuh " dalam keadaan di mana ia sewajarnya " selepas subuh " !

Maksud terlampau dalam ? Hanya yang ingin mengerti .. bisa mengerti !

Oh yer !

" Perdana Menteri " yang dilakonkan dalam adegan di atas TIADA kaitan sama
sekali dengan yang telah, sedang dan akan memegang tampuk pemerintahan ....

He he he he ....







* Pagar Jambatan Sultan Yahya Petra ....

... dengan berlatar belakangkan pusat bandar Kota Bharu dan Sungai Kelantan
yang ' keemasan ' ( sarkastik ! ) ...

Berdasarkan sumber Arkib Negara Malaysia, Jambatan Sultan Yahya Petra ini siap
dan dirasmikan pada 17 April 1965 oleh baginda Almarhum Sultan Yahya Petra ibni
Sultan Ibrahim Petra. Maka, sedar atau tidak, ini bermakna bahawa jambatan yang
telah banyak berjasa kepada para marhaen di Kelantan ini telah berusia lebih 40 tahun,
atau tepatnya 44 tahun. Lagi 6 tahun, maka bolehlah kita raikan Jubli Emas buat Sang
Gerghetock !

Biar pun begitu, aku berharap agar kita tidak perlu menunggu lagi 6 tahun untuk
melihat pagar lain selain pagar di atas !

Ha ha ha !

Sekadar makluman, sehingga ke tarikh ini, terdapat lima buah jambatan yang
merentangi Sungai Kelantan. *

* Nota : ' Sungai Kelantan ' bagi aku, sebetulnya bermula di pertemuan Sungai Galas
dan Sungai Lebir dan berakhir di Kuala Besar !

Bermula dengan yang paling tua iaitu Jambatan Keretapi Guillemard ( 1925 ),
kemudian Jambatan Sultan Yahya Petra ( 17 April 1965 ), disusuli hampir 30 tahun
setelah itu oleh Jambatan Tanah Merah-Machang ( 1988 ) dan Jambatan Pasir
Mas-Salor ( 30 Mei 1991 ) dan akhir sekali Jambatan Sultan Ismail Petra ( atau lebih
meniti di bibir dengan gelaran Gerghetock Tendong / Gerghetock Berghaeheing Ali ! )
yang dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail Petra pada 15 Sep 2003, sambil
disaksikan bersama oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dan Menteri Besar
Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz ....







BERKAITAN (1) :


Begini agaknya rupa projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra, jika segala-galanya
menjadi kenyataan, berdasarkan imaginasi si ilustrator yang saya yakin, telah terlibat
' somehow ' dengan projek tersebut :





* Di kepala gerghetock ( bahagian Kota Bharu, tengok tu, Tesco ! )



* Di pertemuan Jalan Hamzah - Jalan Sultanah Zainab



* Di persimpangan Jalan Hamzah - Jalan Kuala Krai - Jalan Sultan Yahya Petra ( Wakaf Siku )



Bagi yang masih belum tahu, ia sepatutnya melibatkan beberapa fasa dan tidak hanya
terhad kepada pembinaan jambatan tambahan itu sahaja, iaitu turut melibatkan
pembinaan ' flyover ' dari jambatan tersebut sehinggalah, kalau tak silap, ke depan
Bangunan Kota Seri Mutiara di Jalan Sultan Yahya Petra ....

( kalau salah, tolong tunjukkan ! )

Imej-imej di atas bukan aku punya tetapi telah ' dirampok dengan ihsan ' ( camne tu ? )
dari blog Megamaz Studio, melalui entri ini, ini dan ini ....

Terima kasih kepada tuan empunya imej, dengan ucapan,

" Jangan marah ya ! Nanti kena jual ! " .. he he he *


* setidak-tidaknya, aku ' mengambil ' dengan memberikan kredit / menyatakan laman
asal dan sama sekali tidak menjadikan / membayangkannya seperti milik sendiri !

Tuan-tuan dan puan-puan, jadikanlah ianya amalan !





BERKAITAN (2) :


Quote:

    Plan To Build Four-Lane Roads In Kelantan

    PASIR PUTEH, Sept 26 (Bernama) -- Construction of four-lane roads linking the various
    towns in Kelantan is being planned to overcome traffic congestion, especially during the
    festive season like Aidilfitri and Aidiladha.

    Kelantan Umno liaison chief Datuk Mustapa Mohamed said funds for the project,
    especially the road linking Pasir Puteh-Kota Baharu, Machang-Tanah Merah/Kota
    Baharu, would be requested from the federal government.

    The proposed construction of the roads would also link Kelantan to the neighbouring
    states of Terengganu, Perak and Pahang, he told reporters at a Hari Raya gathering
    here on Saturday.

    Roads in Kelantan are heavily congested, especially during the Aidilfitri and Aidiladha
    celebrations, as thousands of Kelantan-born working outside the state return home to
    celebrate the occasion.

    Mustapa, who is also International Trade and Industry Minister, said the roads in
    Kelantan were congested because most of them only had two lanes and could not
    accommodate the increase in population as well as motorists.


    Source :
    BERNAMA.com ; ' Plan To Build Four-Lane Roads In Kelantan ', 26 Sep 2009





Aku berdoa kepada Ilahi agar ianya menjadi kenyataan ! Amii~n !

( Sarkastik !? Well, it depends ... he he )




BERKAITAN (3) :


( Kemaskini 28 Oktober 2009 )


Quote:

    Kerajaan Serius Pastikan Projek Rakyat Siap Ikut Jadual

    GEMAS, 24 Okt (Bernama) -- Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata
    kerajaan amat serius untuk memastikan semua projek yang dijalankan kontraktor
    terpilih sentiasa menepati piawaan dan siap dibina dalam tempoh yang ditetapkan.

    Katanya, kelewatan kontraktor menyiapkan projek akan mengundang persepsi buruk
    rakyat terhadap kerajaan serta kelambatan ini sekali gus merugikan banyak pihak.

    "Kalau ada masalah dalam projek. Orang akan salahkan kementerian dan masa pilihan
    raya rakyat akan hukum, kita nak elakan dari perkara ini berlaku," katanya kepada
    pemberita selepas melawat tapak Hospital Tampin yang baru di sini Sabtu.


    Sumber :
    BERNAMA.com ; ' Kerajaan Serius Pastikan Projek Rakyat Siap Ikut Jadual ', 24 Oktober 2009











Sunday, 20-Sep-2009 00:00 Email | Share | | Bookmark
SALAM 1SYAWAL : Ramadhan Melangkah Pergi ...

.




SALAM 1SYAWAL


Ramadhan Melangkah Pergi ....






Ramadhan melangkah pergi ...

.. sambil memperkenalkan Syawal, kepada yang menangisi pemergiannya.

Syawal melangkah masuk ...

dengan membawa dua khabar gembira, kepada yang telah memuliakan Ramadhan.

Khabar pertama namanya Hari Pulang Ke Fitrah ....

dan khabar kedua,

satu tawaran yang tidak ternilai bagi insan yang yakin dan percaya ~



Quote:


    عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

    أَنَّهُ حَدَّثَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

    مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ


    Abu Ayyub Al-Anshari R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda :

    " Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu diikuti dengan (puasa)
    enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun "

    ( Hadis Riwayat Muslim )






Dan buat kalian,

yang telah, sedang dan akan ( malah, tidak hingin ) mengenali diri ini,

yang setia bertandang dan menjenguk aku di sini ~

Andai ada bahasa yang tidak berlapik, komen yang tidak berbalas, kerjasama yang tak terberi, permintaan yang tidak disempurnakan dan harapan yang tidak tertunai,

maka, sempena tika dan saat yang berbahagia ini,

dengan sepenuh jiwa raga, setulus hati, setinggi ucapan maaf saya rafakkan ~

Maaf Zahir Batin ...

dan akhir kata .....


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430 H ~


... darghi ambo di Koto Barghu, Kelaté ~









* Mengisi hari-hari terakhir Ramadhan ...

... dengan meminjamkan telinga dan lisan kepada ceramah agama dan tadarus.







* Mengisi hari-hari terakhir Ramadhan ...

... dengan berbuka puasa beramai-ramai di masjid, sarat dengan semangat ukhuwwah.







* Mengisi hari-hari terakhir Ramadhan ...

... dengan solat berjemaah di rumah Allah ~







* Malam Raya di Kota Bharu ...

... boleh dikira lengang walaupun kenderaan di jalan raya memang banyak dari
kebiasaan.

Waktu begini, ramai lebih gemar diam di rumah atau berada di tempat-tempat lain
selain di jalanan, rata-rata sedang bersedia untuk menyambut hari kejayaan yang
dijanjikan besok.

Pada malam ini juga, surirumah akan leka menyiapkan juadah dan menyusun biskut
bagi hari esok, anak muda ( dan juga orang tua ), kalau tidak lepak di rumah menonton
TV, akan duduk di warung bertemu rakan-rakan lama yang baru pulang dari perantauan,
anak-anak kecil ( dan orang berumur pun ! ) pula akan ada yang bermain bunga api dan
mercun biar pun ianya dilarang, manakala ahli ibadah, akan bertamu di masjid dan
surau, berulang ulang mengalunkan tahmid membesarkan Ilahi sambil menyesali
pemergian tawaran hebat Ramadhan yang hanya datang sebulan dalam setahun ...

Agaknya yang mana satukah kita ?









* Malam Raya di Kota Bharu, golongan asnaf duduk menunggu ....

.. dalam kedudukan tersusun, membarisi pinggiran laluan di sepanjang jalan dan lorong
sekitar Padae Baeng dan Masjid Besar Koto Barghu.

Mereka sedang menunggu zakat fitrah yang disampaikan oleh orang perseorangan
melalui akad yang unik, yang boleh jadi hanya dilakukan di Kelantan. Keadaan dan
suasana sebegini berlaku hanya satu malam sahaja dalam setahun di Kota Bharu ..

Blogger Atok ada menerangkan tentangnya, di ' The Day Before '







* Malam Raya di Kota Bharu, zakat dan sedekah bertukar tangan ...

Keadaan yang sama seperti di atas, cuma kali ini ada perhatian yang diberi.

Sebuah kereta berhenti, menyampaikan zakat dan sedekah kepada yang setia
menunggu di pinggir jalan.







* Jangan terkejut jika keadaan sebegini ...

... bukan sesuatu yang luar biasa di Kelantan, lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini.

Namun begitu, entah mengapa, tahun ini " suasana " di Kelantan tampak " lebih ganas "
berbanding tahun-tahun lepas !

Masa aku kecil-kecil dahulu, ketika bunga api masih halal di sisi undang-undang,
bermain bunga api sebegini memang satu impian ... yang mustahil.








* Setelah usai Solat Sunat Aidil Fitri ...

... rata rata antara kita akan dihadapkan dengan apa yang telah sebulan ditinggalkan !











Monday, 14-Sep-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
SALAM 1RAMADHAN ( 4 ) : Berbuka Dengan Tuak !

.




SALAM 1RAMADHAN (4)


Berbuka Dengan Tuak !





Berbuka puasa dengan menghirup Tuak ...

Waah !

Bagi mereka yang pertama kali mendengar pernyataan sedemikian, boleh jadi akan
menggeleng kepala. Barangkali akan ada yang bengang, lebih lebih lagi dalam bulan
Ramadhan sebegini ...

Oit, nanti dulu !

Ini bukan lawak atau pernyataan suka-suka yang ' tasteless ' ~

Sebenarnya di Kelantan dan Terengganu, perkataan ' Tuak ' merujuk kepada apa yang
di negeri-negeri lain sebut sebagai ' Air Nira ' , iaitu sejenis nectar drink dari jenis
palm nectar yang diminum sebelum ianya menjadi masam dan beralkohol.

Dalam keadaan biasa, Air Tuak sememangnya cenderung untuk menjadi masam
melalui proses penapaian semulajadi ( natural fermentation ) melalui tindakan
bakteria atau yis yang sedia terdapat dalam udara dan pelbagai permukaan, angkara
kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi di dalamnya.

Tak hairanlah mengapa di Pantai Timur, ianya dipanggil Air Tuak ! ( Get it ? Eheh ~ )






* Tuak dan Cuka Nipah.

Terpampang di pokok kelapa menuju ke rumah seorang pengusaha Air Tuak di
Kota Bharu. ' Nipah ' kerana Air Tuak yang dijualnya hanya bersumberkan dari
pokok Nipah.

Sekadar makluman, Tuak yang diperam lebih lama, akan menjadi berasid dan
dijual sebagai cuka. Di Kelantan, cuka nipah kerap digunakan sebagai bahan
perubatan ...





Perlu dijelaskan bahawa Air Tuak bukan hanya ada di Kelantan atau di Malaysia.

Bahkan ia juga dinikmati di lain-lain lokasi di Asia Tenggara, di India malah di Afrika
sekalipun. Mudah kata, di mana ada pokok spesis palma di situ ada pengusaha Tuak.
Yang menarik, perkataan ' Nira ' dalam bahasa Melayu sebenarnya berasal dari istilah
dari benua India iaitu " Neera ". Oleh yang demikian, mulai tika dan saat ini, anda
disyorkan agar tidak lagi menggunakan perkataan " Nira ", sebaliknya menggunakan
perkataan " Tuak " bagi menonjolkan semangat 1Malaysia ... yeaaarghh !

Malah, di India, apabila air nira menjadi beralkohol, ianya tidak lagi dikenali sebagai
Neera tetapi disebut sebagai Todi. Mudah kata, kalau sekarang sudah ada ' Beer Halal '
yang tidak beralkohol
, maka air Tuak Kelantan ini boleh dikatakan Todi Halal !
Ha ha ha ha ( sarkastik ) !

Baiklah ... berbalik semula kepada Air Tuak di Kelantan ...

Sejak adanya peti sejuk, bekas kedap suhu dan ais, Air Tuak tidak lagi mudah rosak
dan mula dijual jauh dari kawasan pengeluarannya. Apa yang saya perhatikan di
Kelantan, penjualan Air Tuak akan meningkat mendadak setiap kali masuk bulan
Ramadhan. Tempat-tempat yang pada kebiasaannya tidak termimpi akan adanya air
Tuak, akan dijajah lelaki atau wanita yang terkebil-kebil di samping kotak Styrofoam
atau Polystyrene bertulis atau bergantung label perkataan ' Air Tuak ' padanya.
Di dalam kotak itu terisi bungkusan-bungkusan plastik berisi Air Tuak bersama ketulan
ais yang membantu mencegah Tuak dari rosak. Biasanya mereka ini akan bertumpu di
sepanjang pinggir pinggir jalan dan laluan utama, dengan kotak yang sudah cukup
menjadi ' signature ' kepada aktiviti mereka.






* Seorang penjual Air Tuak sedang melayan pembeli di sebatang jalan di Kota Bharu.

Di dalam kotak itu ada Air Tuak, dan padanya tertulis ' Tuak Asli '.

Kata orang, semata-mata mengejar keuntungan, penjual yang cilik dan khianat akan
mencampurkan air tuak dengan air kelapa atau air biasa. Jika ini berlaku, barangkali
hanya peminum tegar sahaja yang bisa membezakan !




Pada firasat aku, umumnya, Tuak dari pokok Kelapa ( Cocos nucifera ) atau di Kelantan
disebut Tuwwok Nyor adalah lebih banyak dijual memandangkan pokok kelapa
boleh didapati hampir di mana-mana sahaja, baik di kawasan pesisir pantai mahupun
di pedalaman. Kini sudah ada, walaupun tidak banyak, Tuak Kelapa dari pokok Kelapa
Pandan / Wangi. Orang kata, aroma dan rasanya lebih menggiurkan berbanding kelapa
biasa ! Aku pernah sekali mencuba tapi terlupa pula di mana bezanya !

Kemudian, disusuli pula Tuak Nipah ( Kelantanese : Tuwwok Nipoh ) dari pokok Nipah
( Nypa fruticans ). Di Kota Bharu, Tuak Nipah banyak dijual di tepi-tepi jalan menuju
Pantai Sabak kerana di sekitarnya memang banyak pokok Nipah dan tidak sedikit
yang mengusahakannya. Yang menarik tentang Tuak Nipah adalah pokok yang
menghasilkannya hanya tumbuh di kawasan paya air masin / payau, iaitu berhampiran
laut, dan kerana itu hanya mereka yang tinggal berhampiran sahaja yang selalu
menikmatinya. Khabarnya, nira lebih mudah diperoleh dan lebih banyak dikeluarkan
pokok Nipah berbanding pokok Kelapa. Sejauh mana benarnya, tidak dapat dipastikan pula ...





* Menjual Tuak dari rumah.

Peminum tegar akan mencari Tuak sampai ke rumah pengusaha.
Di rumah pengusaha ini contohnya, ianya boleh dibeli sama ada dalam bungkusan plastik atau dalam botol !!






* Air Tuak dan peti ais.

Tanpa peti ais, mustahil Tuak boleh dijual sebanyak ini !




Jarang-jarang sekali ada juga Tuak Kelapa Laut ( Kechaek Kelate : Tuwwok Tal ) yang
diperoleh dari pokok Kelapa Laut ( Borassus flabellifer ) atau Tal dalam dialek Kelantan.
Versi ini amat jarang dijual. Kata orang, di Kampung Tal Tujoh di Jajahan Pasir Mas,
ada yang menjualnya. Tetapi sejauh mana keasliannya tidaklah pula dapat dipastikan.
Berlainan pula di Thailand, Tuwwok Tal dikatakan mudah diperoleh dan begitu diminati.

Yang pasti, setiap jenis Tuak memiliki rasa dan aroma yang berbeza serta memiliki
peminat yang tersendiri ....

Dan aku ....

Aku sebenarnya bukanlah peminat Tuak kerana airnya tersangatlah manis
( rasa macam minum madu ) dan silap haribulan, kalau dah jadi masam, boleh jatuh
haram pula hukumnya ! Jujur saya katakan, di Kelantan ini pun masih ada
penyalahgunaan Air Tuak ... if you know what I mean ~

Walau bagaimana pun, aku tetap tabik kepada minuman ini kerana ianya sukar untuk
diperoleh dan sukar pula disimpan, dan mendapatkannya memerlukan kepakaran khas
seorang Tok Nyaddak yang berpengalaman luas bagi memperoleh tuak yang
banyak dan tidak cepat masam. Jika memetik kelapa boleh diwakilkan kepada beruk,
mendapatkan Air Tuak pula hanya boleh dilakukan oleh manusia yang berakal dan
waras ( kalau disuruh orang gila, mahunya benda lain yang kena sadak ! ). Oh yer, jika
sudah ada beruk yang mampu berbuat demikian, sila maklumkan kepada aku.
Nak tahu juga sekolah mana dia pergi !






* Foto Tok Nyaddak sedang beraksi !

Ihsan dari blog Bustamann ( Pokku ).
Pokku ada bercerita lebih lanjut tentang aktiviti Tok Nyaddak di blognya.
Sila klik foto di atas untuk dibawa ke sana ~





Dan kini, sudah ada ( walaupun masih jarang-jarang ) di pasaran, air tuak yang
dibotolkan secara bersih ke dalam botol kaca dan diawetkan secara ' pasteurization '
seperti susu segar. Aku pernah mencuba Air Tuak Kelapa Wangi yang dibotolkan
dengan kaedah sedemikian. Rasanya tidak lari dan manisnya memang ketara.
Cukup menarik dan wajar untuk terus dipromosikan kerana setakat ini masih belum terlihat di mana-mana kedai atau pasaraya biasa.

Apa apa pun, kita minum dulu !

( masa bukak puasa laaa ~ )






* Air Tuak Nipah

Tuak Nipah on the rock ~ ! Ha ha ha ~

Air Tuak asli biasanya berupa keruh keputihan, kadangkala sedikit keperangan.






BERKAITAN




* Kerghabu Bungo Nipah.

Atau dalam bahasa standard, Kerabu Bunga Nipah atau Nipah Bloom Salad.

Satu kerja tangan orang Kelantan yang memang lazat dan mengujakan !

My personal favourite ! Jarang dijumpai di bandar Kota Bharu tetapi mudah didapati di
pasar-pasar sekitar dan berhampiran Kuala Besar di Jajahan Kota Bharu.

Aku tak pasti adakah Kerghabu Bungo Nipoh ini satu hasil sampingan dari aktiviti
mendapatkan Tuak Nipah ?

Aku harap ada yang boleh membantu menjelaskan persoalan aku ini ....








[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net