By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  [17]  18  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]
Friday, 4-Jan-2008 10:00 Email | Share | | Bookmark
Here Comes TISKU !


Finally ....

after so much anticipation,
the World's third largest retailer opened its doors in Kota Bharu, on the 3 Jan 2008

( oh yeah, not on the rumored 27 Dec 2007 ....... )

Bet that thousands of Kelantanese had set foot there since the opening, well, very typical, much expected reaction on something " new " in this and also every part of the world, of course.

Me ? Emmm .....

I like the interior very much, compact but very lively, and different !

Oh yeah, love the Jawi too .....

could be an another addition to my " uniquely Kelantanese " list, perhaps ?









* Photos taken on the 4th Jan 2008, at 9:30 a.m.
Notice the vehicle build-up even though business starts from 10 a.m.
Don't blame them, curiosity die hard.






Sunday, 30-Dec-2007 14:15 Email | Share | | Bookmark
SEHARI DI BUMBUNG KELANTAN : Tanah Tinggi Lojing ( dan Cameron )

SEHARI DI BUMBUNG KELANTAN :
Tanah Tinggi Lojing ( dan Cameron )



Berpeluang menjenguk Cameron dan Lojing, dua tempat berbeza dalam masa sehari !

Sebelum kalian meng "gocoh" si penulis, biarlah terlebih dahulu si penulis tegaskan di sini bahawa si penulis sememangnya tahu bahawa Cameron bukannya terletak di Kelantan !

Namun, sekadar perbandingan umum, lebih lebih lagi kedudukan Cameron yang amat hampir dengan Lojing ( bersebelahan ! ) yang juga difikirkan bakal memberi banyak pengaruh kepada perkembangan Lojing seterusnya, maka dirasakan memang wajar untuk turut dinyatakan di sini.

Oh yer, lagipun, did I mention I had been to both ? Hu hu hu hu :


TANAH TINGGI CAMERON :

Terletak di atas Banjaran Titiwangsa, tulang belakang Semenanjung Malaysia.

Secara geopolitik, terletak di dalam negeri Pahang dengan bersempadankan Kelantan ( Lojing ) di utara dan Perak ( Daerah Kinta ) di sebelah barat.

Ketinggian dari aras laut adalah sekitar 1300 ~ 1500 meter
( Hotel Equatorial di Brinchang dilaporkan sebagai puncak tertinggi di Cameron yang didiami manusia, pada 1400 meter dari aras laut ) .

Suhu adalah sekitar 15 C ~ 25 C. Merupakan kawasan pertanian dan agro pelancongan suhu sederhana yang terkemuka di Malaysia, lengkap dengan pelbagai prasarana dan kemudahan asas.


TANAH TINGGI LOJING :

Seperti Tanah Tinggi Cameron, ia terletak di atas Banjaran Titiwangsa.

Secara geopolitik pula, di dalam negeri Kelantan dengan bersempadankan Daerah Cameron Highlands di Pahang dan dan Daerah Kinta di Perak.

Ketinggian dari aras laut adalah sekitar 800 ~ 1000 meter, ternyata lebih rendah dari Tanah Tinggi Cameron. Suhu juga ternyata lebih tinggi dengan julat 18 C ~ 27 C.

Mudah kata, Lojing tidaklah sesejuk Cameron dan juga ternyata agak panas.
Tetapi masih dikira ber "suhu sederhana " jika dibandingkan dengan lain lain tempat di Kelantan dan juga di Malaysia.

Sehingga catitan ini dibuat, Lojing membawa imej kawasan pertanian yang baru dibuka dengan tiada bekalan elektrik, tiada liputan komunikasi wayarles ( juga tiada talian telefon ! ) dan tiada sistem bekalan air dan peluputan kumbahan yang sistematik.


Kesimpulan ?

Tanah Tinggi Lojing dikatakan amat sinonim dengan isu alam sekitar.

Itu kata akhbar, bukan kata si penulis.

Si penulis tidak ingin menegaskan apa apa berkenaan isu ini melainkan bagi si penulis, Lojing adalah Cameron Highlands semasa ia baru dibuka bertahun tahun dahulu. Kalau hendak berbahas isu alam sekitar, rasanya Cameron pun tidak kurang juga isunya. Entah lah, tiada komen !

Yang pasti, setiap tindakan kita ke atas alam ini, sememangnya ada timbal balasnya.
Sejauh mana bentuk timbal balas itu, terletak pada mereka yang menanggung dan apa yang ditanggung ( peti undi juga merupakan sejenis tanggungan ! ). Berkenaan dengan itu, dirasakan tidak perlu dan juga tidak wajar untuk seterusnya diulas di sini.

Okeh, itu saja ! Jemput layan foto pulak !






* Cameron Highlands : Dari " tea shop " bergelar " Bharat ".

Dari bacaan si penulis, perkataan " Bharat " sebenarnya merujuk kepada nama lama bagi " Benua India " dan si penulis mengagak, apabila nenek moyang kita mewujudkan perkataan " barat " bagi merujuk kepada arah matahari jatuh, sebenarnya mereka merujuk arah kedudukan benua India dari Tanah Melayu .... Ada sesiapa yang boleh mengesahkan hal ini ?






* Cameron Highlands : Pemandangan tipikal lereng bukit di Cameron Highlands.

Foto dirakam di satu poin antara Kampung Terla dan Brinchang.






* Lojing Highlands : Laluan baru Lojing-Simpang Pulai-Cameron Highlands berlingkar menembusi Tanah Tinggi Lojing.





* Lojing Highlands : Pemandangan sebuah lembah di Lojing.

Kelihatan penempatan Orang Asli, ladang sayur dan barisan pokok Longan.






* Lojing Highlands : Ladang strawberi eksperimental.





* Lojing Highlands : Mekarnya kuntuman bunga Epal.




Berkhasiat Untuk Minda Jika Dijenguk :

BumiSepi : Satu Rakaman Perjalanan

Universiti Sultan Idris : Wacana Isu Alam Sekitar Cameron Highlands





Tuesday, 25-Dec-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
SELINGAN : Pulau Gajah Revisited

SELINGAN :
Pulau Gajah Revisited



Kampung Pulau Gajah, near Sabak, in Jajahan Kota Bharu, Kelantan.
A traditional fishing village, famous for their ornate fishing boats.
Located some 15 km or so from the center of the nearest major town, Kota Bharu.

Not really typical sights.
Fewer boats seen on the waterway due to the monsoon.
Most are hauled up on land for repairs, maybe new paint jobs too,
while waiting for a calmer sea up ahead, after the monsoon.

My previous note : Jalan Jalan Cari Ikan ~
























* All photos were snapped by a borrowed Nikon D80.



Thursday, 20-Dec-2007 08:30 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1428 H

Lembu / Cow / Ushi / Baqaratun ... Laziizatun jiddan !


Kandungan dari beberapa SMS yang diterima beberapa hari lepas :


Quote:

Kalau terima berita ini
harap disebarkan untuk kepentingan ummah

Seru kepada semua umat Islam
siap sedialah dengan parang, kapak dan pisau dari sekarang.

Biar mereka semua tahu !

Pertumpahan darah akan berlaku di seluruh negara
bermula pagi Khamis, 20 Disember hingga Ahad 23 Disember !

Kita mesti bangkit angkat senjata kerana agama !

Untuk menyembelih ternakan buat korban ...........





SALAM AIDIL ADHA 1428 H






* Lembu Tesco ! RM 0.29 seekor !

Lembu - lembu baka Kedah-Kelantan kelihatan sedang bersantai di satu sudut di tapak pembangunan Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan.

Takde lah, bukannya milik TESCO ( at least, for the time being .. he he he ). Boleh jadi dibawa ke sini oleh penduduk dari penempatan tradisi berhampiran, Kampung Sireh, sebagai korban buat Aidil Adha kali ini.

Tersergam nun jauh di belakang, tak lain tak bukan, bangunan Pasaraya Besar TESCO yang sudah siap sepenuhnya. Pembinaan yang bermula sekitar Mei 2007 ( tak sampai setahun ! Ada duit semua jadi ! ). Dari sumber yang dirasakan boleh dipercayai, TESCO Kota Bharu akan dibuka ( soft launch ) pada 27 Disember 2007.

Yang membawa kepada persoalan berikut :
Adakah kocek warga Kelantan dan periuk nasi peruncit kecil di Kelantan akan terkorban dengan kehadiran gergasi runcit dunia ini ? Tungguuuuuuuuuuuuuu .... dan lihat.





Sesambil Tu, Jenguk La Yang Ni Jugak :

Kelantan : Aidil Adha - Dec 2006 M / 1427 H

Kelantan : Aidil Adha - Jan 2006 M / 1426 H

Kelantan : Aidil Adha - Jan 2005 M / 1425 H

Kobe / Osaka : Aidil Adha - Feb 2004 M / 1424 H

SIRI MAKLUMAN : Watch Your Wallet !






Monday, 17-Dec-2007 00:00 Email | Share | | Bookmark
AMPAT TAHUN LAH ! Dan aku masih tercongok di sini ...

AMPAT TAHUN LAH !
Dan aku masih tercongok di sini .....




Empat tahun.

Dirasakan terlampau sekejap.

" Kouin ya no gotoshi " kata orang Jepun.
" Umpama melepaskan panah cahaya " jika di Melayu kan ia.

Pejam celik pejam celik, sudah 1461 hari
atau 35,064 jam atau 2,103,840 minit atau 126,230,400 saat
telah berlalu semenjak itu.

Andai kata kerajaan tidak jadi memutuskan kenaikan harga minyak tahun depan dan sebaliknya memutuskan agar umur setiap warga Malaysia wajib dihitung dalam saat, kelak dialog berikut akan menjadi satu kebiasaan :

" Umor Awae berghapo lonih ? "

" Umor sayo 378,691,200 saat pokcik, oppss bukae, 378,691,215 saa ... oppss saloh saloh, hok betul nyor, 378,691,230 saat ... opppss .......378,691,240 errrr ............ "

kata seorang budak lelaki berusia 12 tahun.

Ha ha ha ... tak mustahil !
Kerana manusia selalu taksub dengan masa yang telah pergi,
tetapi tidak pula dengan masa yang berbaki ...

( Eh ? Bagus juga begitu ! Sekurang kurangnya nanti kita akan tahu dengan mudah betapa begitu pantas umur kita berdetik pergi ! Orrait ! Aku sokong ! Okeh, bila nak mula ni ? )

Uhuk .. uhuk ... ehhemm ... ehhem ....

Before I stray too far,

TODAY marked the 4th year I am here, at raykinzoku.fotopages.com

which I started exactly 4 years ago on 17th December 2003.

While all of my friends who started it along with me decided to do away with it years ago, I decided to stay put mainly for the following reasons :

1) the Webmaster or Admin guys let me stay ....

2) Kelantan

3) my passion for observing and journal keeping through photo-documenting

4) the support ( though never monetary ) that I earn from my regular visitors *

* some left me wondering.
It's Fujifilm F420 for God's sake ! Not a Nikon D40X or something !



And now, I am still at it.

Will there be the fifth, sixth, seventh and so on ?

To tell the truth, I care less ....

...... as long as I am still aware why I am at it.



HAPPY 4th ANNIVERSARY TO RAYKINZOKU.FOTOPAGES.COM !


( Great God ! Four years ? What am I doing !!? What have I done !!? )





* Four years ago, I was there. Had it started.




* Four years later, I was here and still at it .... so do some personal belongings.



Kata Pak Lah :




* Utusan Online : 16 Dis 2007. Klik imej untuk ke sumber asal.



" You can observe a lot
by just watching !
"


Yogi Berra






[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  [17]  18  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net