By: RaY KinZoKu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 6-Oct-2010 05:40 Email | Share | | Bookmark
FILLER ENTRY : Ayahanda ...

.


FILLER ENTRY :


Ayahanda ...




" Tanah ini...

Taman rohani ...

Jasmani ayah bersemadi

dan bunga berpuisi ..... "








* M.Nasir & Bob - " Taman Rohani " (1994) ~ ( vokal & instrumen : Saleem, Arab & Hillary )

* 20 years and counting ....

* His passion .. my inspiration ...






Monday, 13-Sep-2010 12:25 Email | Share | | Bookmark
KeLaTté & Hari Ini Dalam Sejarah : ALLAHU AKBAR !!

.


KeLaTté & Hari Ini Dalam Sejarah (2) :


ALLAHU AKBAR !!




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hari ini ......

Isnin, 4 Syawal 1431 @ 13 September 2010, jam 12:25 t/hari

bertempat di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan ...

YMM Pemangku Raja Kelantan,

Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra

telah dengan rasminya dimasyhurkan,

sebagai Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim ...

yang baru ....

ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR !! ALLAHU AKBAR !!!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







* Tuanku Muhammad Faris Petra @ Perasmian Jajahan Kecil Lojing, 5 Ogos 2010.




DI DADA AKHBAR

( Klik imej untuk ke artikel )





Quote:


    Laungan ”Allahuakbar” iringi pemasyhuran Sultan

    Oleh Hasnan Yahya

    KOTA BHARU, 13.Sept - Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra hari
    ini dimasyhurkan menjadi sultan baru menggantikan Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum
    Sultan Yahya Petra setelah mendapat keputusan sebulat suara mesyuarat Majlis Perajaan
    Negeri yang diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan(SUK) pagi tadi.

    Pengistiharan baginda disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz
    Nik Mat bertempat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar jam 12.30 tengahari.

    Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz membaca Pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru

    Ia dimasyurkan dihadapan Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra,
    Orang-Orang Kenamaan, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Wakil Rakyat, Pegawai Tinggi
    Kerajaan Negeri dan Persekutuan .........

    ........ Nik Abdul Aziz juga ketika mengakhiri pemasyhuran tersebut melaungkan takbir
    “ Allahuakbar “ sebanyak tiga kali dan diikuti oleh semua yang hadir
    .


    Sumber : Gegarkelantan.net





UPDATED 22 SEP 2010


Quote:


    Sultan Muhammad V official name of new Kelantan Sultan

    KOTA BHARU, Sept 22 (Bernama) -- The new sultan of Kelantan, Tuanku Muhammad
    Faris Petra, is to be officially addressed as Sultan Muhammad V, it was announced
    here today.

    The Comptroller of the Kelantan Royal Household, Datuk Abdul Halim Hamad, said
    the use of the name had been in force since the proclamation of the new sultan on
    Sept 13.

    "The sultan has instructed the use of the name for official matters pertaining to the
    palace and state government and by the media so as to avert the use of various
    names," he told reporters here.


    * More :
    MySinChew.com " Sultan Muhammad V official name of new Kelantan Sultan "

    * Related Blog Post (1) :
    17 Sep 2010, " Sultan Kelantan Bakal Bergelar Sultan Muhammad ke-V "

    * Related Blog Post (2) :
    22 Sep 2010, " Gelaran Sultan Muhammad ke-V Kini Boleh Diguna Pakai Secara Rasmi "







* Almarhum Sultan Muhammad IV ; 1900 ~ 1920 ( kiri ) & KDYMM Sultan Muhammad V ; 2010 ( kanan )






Friday, 10-Sep-2010 19:30 Email | Share | | Bookmark
SALAM AIDIL FITRI 1431 : Apabila Ramadhan Berakhir ...

.


SALAM AIDIL FITRI 1431 :


Apabila Ramadhan Berakhir ...




.. tiada lagi makan secara " berjemaah " tatkala Azan Maghrib berkumandang ...







.. masjid dan surau tidak lagi sepenuh dan semeriah ...







.. tiada lagi peluang ber-Tarawih ...






.. pulang beraya tidak lagi se " mencabar " dan se " mengujakan " ...






.. tiada lagi duduk bersama rakan-rakan lama, menikmati chollaek di malam hari ..






.. dan segala apa lagi yang hanya ada dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak.

khususnya yang unik bagi negeri Kelate !

( Adakah masih ada Ramadhan seterusnya bagi kita ? )


Dan ...

atas kesempatan ini juga, ambo, selaku tuan empunya situs,

ditujukan khas kepada sekalian yang setia bertandang dan menatap,

dengan ikhlas dan jujur ingin memohon maaf atas segala kekhilafan fakta, gaya bahasa atau foto dan sebarang ketidak-respon-an kepada komen atau mesej yang ada ditujukan kepada ambo selama ini, sama ada sengaja atau tidak disengajakan ..

Apa apa pun, setinggi penghargaan atas segala sokongan, cadangan, malah kritikan sekali pun ..

Akhir kata ...


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1431 H !


* Semoga hari raya kali ini buat kalian adalah lebih bermakna, lebih ceria dan ..

.. kurang resah di poket !

He he he ~









Thursday, 5-Aug-2010 16:00 Email | Share | | Bookmark
KeLaTté & Hari Ini Dalam Sejarah (1) : LOJING DAY !

.


KeLaTté & Hari Ini Dalam Sejarah (1) :


LOJING DAY !




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hari ini ......

Khamis, 24 Syaaban 1431 @ 5 Ogos 2010, jam 12:25 t/hari

Pentadbiran Jajahan Gua Musang telah dipecahkan,

lalu melahirkan Jajahan Kecil Lojing.

Perasmian disempurnakan oleh YMM Pemangku Raja Kelantan,

Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra

bertempat di Kampung Penangau, Jajahan Kecil Lojing

yang juga merupakan tapak Masjid Keputeraan Lojing ...


Dalam erti kata lain, hari ini adalah LOJING DAY !!



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






* Pelancaran Jajahan Kecil & Pengasasan Rumah Allah

Rasulullah S.A.W mengasaskan Negara Islam Madinah dengan terlebih dahulu mendirikan masjid.

Mematuhi sunnah, Jajahan Kecil Lojing telah dirasmikan serentak dengan perletakan batu asas Masjid Keputeraan Lojing di Kampung Penangau, Sempadan Kelantan-Pahang.







* Panorama Tanah Tinggi Lojing ...

.. sebagaimana dirakamkan menghadap bahagian yang masih " belum disentuh ".






* Panorama Tanah Tinggi Lojing ...

.. sebagaimana dirakam menghadap bahagian yang telah diusahakan / kawasan jalan raya utama Lojing-Cameron.




Quote:

    Lojing pusat pertumbuhan baru Kelantan

    Oleh RAHANA MD
    utusankelantan@utusan.com.my




    PEMANDANGAN salah satu kawasan Lojing yang sedang dibangunkan. - UTUSAN/Hafiz Johari

    --------------------------------------------------------------------------------



    GUA MUSANG 16 Ogos - Terletak di barat daya negeri ini dan bersempadan dengan tanah tinggi Cameron Highlands, Lojing hanya dikenali sekitar 1980-an apabila dikaitkan dengan aktiviti pembalakan.

    Tanah tinggi Lojing berada pada ketinggian 1,400 meter dari paras laut dan mempunyai bentuk muka bumi berbukit-bukau dengan suhu antara 18 hingga 27 darjah Celsius.

    Kedudukannya umpama 'bumbung negeri' dilitupi Bukit Senjort, Bukit Pangas, Bukit Tajam, Gunung Tangga, Gunung Chall dan Gunung Warpu (puncak) yang mengalir di antara Sungai Belatop dan Sungai Nenggiri.

    Pengisytiharan Lojing sebagai sebuah jajahan kecil oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra baru-baru ini bakal menjadikan kawasan seluas 181,700 hektar itu melibatkan tiga daerah iaitu Betis, Hau dan Sigar, sebagai pusat pertumbuhan baru di wilayah Kelantan selatan.

    Secara keseluruhannya, Lojing mempunyai seramai 5,613 penduduk dengan hampir 90 peratus adalah masyarakat Orang Asli, selebihnya terdiri daripada kakitangan dan keluarga pelbagai agensi kerajaan termasuk guru-guru serta pekerja asing.

    Lojing yang kaya dengan khazanah hutan termasuk balak, flora dan fauna, bakal mengalami perubahan apabila sebahagiannya telah dibangunkan untuk tujuan pertanian komersial dan pusat agrokultur.

    Seluas 13,063 hektar kawasan tanah tinggi itu telah diwartakan sebagai hutan simpan, tidak termasuk kawasan seluas 25,824 hektar yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Sungai Brooke sejak 11 Mei 1989.

    Menurut Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias, pengisytiharan Jajahan Kecil Lojing (JKL) akan melonjakkan kawasan tersebut sebagai bandar baru dengan kewujudan pelbagai infrastruktur.

    Baca Lagi di :

    Utusan Online ( Timur ) 17 Ogos 2010 : " Lojing pusat pertumbuhan baru Kelantan "







TRIVIA LOJING ( 1 ) :

KETINGGIAN DARI ARAS LAUT / ELEVATION



Walaupun selatan Jajahan Kecil Lojing merupakan kawasan tanah tinggi yang dipanggil Tanah Tinggi Lojing, namun ianya tidaklah setinggi Tanah Tinggi Cameron Highlands yang hanya terletak bersebelahan dalam Negeri Pahang.

Berkenaan itu, saya ada membuat " sedikit ujikaji " menggunakan Altimeter Barometrik bagi membuktikannya, sebagaimana ditunjukkan dalam foto-foto di bawah :




* Tapak perasmian, Kampung Penangau, Jajahan Kecil Lojing.

Ketinggian di Kampung Penangau, di sempadan Pahang-Kelantan, dicatat pada 1366 meter dari aras laut. Ini boleh dianggap sebagai aras tertinggi di Tanah Tinggi Lojing.

Secara purata, Tanah Tinggi Lojing bolehlah dikatakan berada pada ketinggian sekitar 900 ~ 1100 meter sahaja.





* Pasar Sayur & Buah di Brinchang, Cameron Highlands.

Bukan di Tanah Tinggi Lojing tetapi di Daerah Cameron Highlands, Pahang.
Dinyatakan di sini sekadar perbandingan.

Cameron Highlands berada pada ketinggian antara 1300 ~ 1500 meter iaitu lebih tinggi dari Tanah Tinggi Lojing dengan lokasi paling tinggi dihuni manusia adalah di Brinchang pada ketinggian sekitar 1500 meter.

Di pasar sayur ini, altimeter barometrik mencatat 1557 meter dari aras laut.




TRIVIA LOJING ( 2 ) : PEMASYHURAN


Mengadakan sesuatu Jajahan baru bukanlah sesuatu yang remeh atau kecil.

Publisiti mestilah perlu dirancang pada tahap yang lain dari kebiasaan. Lebih-lebih lagi yang bakal menyempurnakan pelancarannya adalah pemerintah tertinggi sesuatu negeri.

Dalam hal Jajahan Kecil Lojing, publisiti majlis merentas dari Kota Bharu sehinggalah ke Cameron Highlands, di dalam Negeri Pahang !

( Kata " pemasyhuran " digunakan kerana majlis yang diwar warkan, akan disempurnakan oleh YMM Pemangku Raja Kelantan )






* Banner Pemasyhuran Majlis Pelancaran / Perasmian Jajahan Kecil Lojing ...

.. terpasang di satu sudut Cabang Tiga yang menghubungkan Kampung Raja ( Cameron Highlands ) - Kampung Penangau ( Lojing ) - Simpang Pulai ( Perak ). Cabang ini sendiri berada dalam Negeri Pahang.





* Banner Pemasyhuran Majlis di Tanah Rata, Cameron Highlands

.. pendek kata, kain rentang pemasyhuran sebegini " memenuhi " segenap ceruk Daerah Cameron Highlands ( yang dihuni manusia laa .. ).





* " Red Warriors " Sejati !

Anak-anak sekolah dari masyarakat Orang Asli sedang mengambil tempat bagi menyambut keberangkatan tiba YMM Pemangku Raja Kelantan. Pakaian merah khas dibekalkan oleh pihak urusetia majlis.

Nun jauh di belakang, billboard khas kelihatan tegak berdiri " memasyhurkan " majlis.





* Paparan Elektronik Pemasyhuran Majlis Perasmian / Pelancaran Jajahan Kecil Lojing

... sebagaimana terpampang pada skrin LED gergasi berdekatan Bulatan Tuan Padang ( Bulatan Jam Besar ) di Jalan Sultan Ibrahim, Bandar Kota Bharu.







Friday, 30-Jul-2010 18:00 Email | Share | | Bookmark
Distinctively KeLaTté : Oraeng Kelate

.



Distinctively KeLaTté :


ORÆNG KELATÉ




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" Warisan " silam yang kembali menapak !!?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






* Reminiscing the good old days ...

... over Chollæk PCB and bottles of air botol chap Ayæ .... Fuuuh ~ !

( Yak kelih boktæ, tæpæk label bley senget !!? )





Ingak lagi maso kecik kecik mulor ...

bæssor jugok la gi carghi kedda, tikko tuh samah jah sebotol ...

Muroh jah kalu nok banding nga air geh laieng hok bersohhor ..

Tapi ghasor nyor hok ambo bæssor tuh bukæ chap hoknih tapi chap mugo laieng ...

Tok ingak chap gappow tapi botol dia gemuk pendek ... label cerah ...

( tapi gak lonnih tok sergho nok carghi / minum doh .. )

Dulu gak, air geh lagunimmo memey adow di serato cerghok Tanah Melayu ...

Machæ machæ jenamo, machæ machæ ghaso air, machæ machæ botol ....


Lonnih gak ... ambo duk perghati, napok supow ado di Kelate jah ...

( tepak laieng pun bekalih masih ado, tapi ghaso nyor Kelate lagi belanaar )

Pah ambo jugok peghassæ,

di Kelate lonnih, seolah olah doh jadi satu " revival " pulok ....

Kor guano ?

He he he ~








[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net